Adakah inflasi AS akan reda pada tahun 2022?

Adakah inflasi AS akan reda pada tahun 2022?

2022-01-17 • Dikemaskini

Berita tergempar: coronavirus bukan musuh utama ekonomi global pada tahun 2022. Sebaliknya, risiko paling signifikan tahun ini akan datang daripada inflasi dan keputusan penggubal dasar dalam era pemulihan daripada kesan pandemik. Malangnya, keadaan akan menjadi lebih buruk sebelum ia menjadi lebih baik. Ini merupakan kepercayaan ahli ekonomi tentang trajektori inflasi AS pada tahun 2022.

Pada 2021, penggubal dasar di Rizab Persekutuan dan bank pusat lain dengan yakin mengetepikan kebimbangan mengenai inflasi, kekurangan buruh dan kesesakan rantaian bekalan sebagai akibat jangka pendek daripada wabak itu. Berikan sedikit masa, dan masalah ini akan diselesaikan. Itu adalah alasan bank-bank pusat.

Jika perkara ini tidak berjaya dalam tempoh 12 bulan berikutnya, penggubal dasar tersilap, dan kesannya akan lebih buruk daripada kemelesetan COVID-19.

Bagaimanakah Rizab Persekutuan melihat inflasi?

The Fed berpegang kepada naratif bahawa sebahagian besar daripada "kejutan" inflasi pada tahun 2021 adalah disebabkan oleh kenaikan sementara harga tenaga yang menjejaskan seluruh sektor, dengan kos pengangkutan dan penghantaran meningkat tinggi, dan apabila masalah bekalan meningkat, ia menguatkan lagi sebab untuk bank pusat tidak melakukan apa-apa.

Namun, pada bulan September, tahap inflasi AS berada pada 6.8% setahun, paras tertinggi sepanjang 30 tahun dan ia merupakan tiga kali ganda daripada unjuran Fed pada awal tahun 2021. Hasilnya, pada bulan Disember, naratif inflasi akhirnya berubah daripada "ia sementara sahaja" kepada "ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih, dan ia memerlukan tindakan untuk berubah."

Pasaran kini menjangkakan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya tiga kali pada tahun 2022 untuk mengurangkan stimulus dan wang yang murah daripada pasaran dalam usaha mengawal inflasi secepat mungkin selepas ia mencapai paras tertinggi dalam 40 tahun pada bulan Disember (7.1%).

Ekonomi AS akan berkembang walaupun dengan inflasi yang tinggi

Bloomberg menjangkakan ekonomi AS akan berkembang sebanyak 4.4% menjelang pertengahan tahun 2022 dan perlahan ke 2.7% selebihnya pada tahun berikut.

Salah satu faktir utama ekonomi AS akan berkembang adalah kebanyakan pengguna Amerika masih mempunyai wang untuk dibelanjakan — iaitu stimulus sebanyak $2.6 trilion di dalam akaun bank isi rumah yang telah diberi oleh kerajaan AS. Dana ini akan menyokong tahap permintaan dan memulihkan kembali ekonomi.

Bilakah inflasi akan menurun di Amerika Syarikat?

(1) Jaringan bekalan dijangkakan kembali lebih terurus pada penghujung tahun. (2) Tidak mungkin akan ada pengulangan tempoh lockdown luar biasa yang kita lihat pada permulaan coronavirus. Sesetengah komoditi, termasuklah minyak, telah melepasi paras rekod pandemiknya.

(3) Fed telah mula mengetatkan dasar monetarinya, dan ini merupakan faktor penting menuju kadar inflasi yang lebih rendah. Digabungkan semua itu bersama-sama, dan anda akan melihat mengapa kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan inflasi akan perlahan kepada kurang daripada 3% menjelang akhir tahun 2022. 

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera