Strategi Sistem DeMarker

Strategi Sistem DeMarker

2023-07-28 • Dikemaskini

Pendahuluan

Indikator DeMarker telah diasaskan dan diperjelaskan oleh Thomas DeMark.

Prinsip asasnya adalah seperti berikut: paras tertinggi intrahari pada hari semasa dibandingkan dengan paras tertinggi intrahari pada hari sebelumnya. Jika paras maksimum intrahari pada hari semasa adalah lebih tinggi, perbezaan yang berkenaan dicatatkan. Nilai sifar direkodkan jika paras maksimum intrahari kurang daripada atau sama dengan paras maksimum intrahari hari sebelumnya. Kemudian, perbezaan yang didapati dari cara ini akan diringkaskan. Nilai ini menjadi pengangka kepada indikator, yang dibahagikan dengan nilai yang sama ditambah jumlah perbezaan antara harga minimum hari sebelumnya dan hari semasa.

Apabila indikator berada di bawah paras yang lebih rendah – harga mungkin menyongsang KE ATAS. Apabila indikator berada di atas paras yang lebih tinggi – harga mungkin menyongsang KE BAWAH.

Setup Untuk Strategi

Instrumen: apa sahaja

Indikator: DeMarker, Parabolic SAR

Tetapan: tukar paras DeMarker kepada 0.2 dan 0.8.

Rangka masa: >30M

Peraturan Untuk Entri Long

  1. Tunggu garisan DeMarker untuk menembusi garis BAWAH dan kembali semula ke zon bekerja
  2. Parabolic SAR sepatutnya mula meningkat, atau sekurang-kurangnya akan membentuk poin terakhir pada arah trend bearish

Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi pada aras minimum lokal yang terdekat sebelum signal tersebut diterima.

Contohnya, kami membuka posisi long GDPUSD di aras 1.20880 apabila indikator Parabolic SAR mula bergerak KE ATAS, dan pada masa yang sama, garisan DeMarker menembusi garis bawahnya. Renti Rugi berada pada paras terendah yang paling rendah (lowest low) – di 1.18412.

Kami terus berdagang sehingga Parabolic SAR menukar arahnya dan mula jatuh – di 1.23175.

Kami memperoleh keuntungan 2295 poin.

GBPUSDDaily.png

Peraturan Untuk Entri Short

  1. Tunggu sehingga garisan DeMarker menembusi garis ATAS dan kembali semula ke zon bekerja
  2. Parabolic SAR sepatutnya mula jatuh, atau sekurang-kurangnya akan membentuk poin terakhir pada trend bullish

Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi pada aras maksimum lokal yang terdekat sebelum signal tersebut diterima.

Kami membuka posisi short GDPUSD di 1.40013 apabila indikator Parabolic SAR mula bergerak KE BAWAH, dan pada masa yang sama, garisan DeMarker menembusi garis atasnya. Renti Rugi berada pada paras tertinggi yang paling tinggi (highest high) – di 1.41829.

Kami terus berdagang sehingga Parabolic SAR menukar arahnya dan mula meningkat – di 1.38366.

Kami memperoleh keuntungan 1647 poin.

GBPUSDDaily_2.png

Peraturan Untuk Ambilan Untung

Ambilan Untung boleh dibuat menggunakan nisbah 3:1, iaitu, urusniaga harus membawakan 3 poin keuntungan untuk setiap 1 poin kerugian.

Cara lain untuk memilih Ambilan Untung adalah dengan menyemak Parabolic SAR. Jika indikator mula menukar arah – inilah masanya untuk menutup posisi.

Nota Penting

Adalah sangat penting untuk anda tahu bahawa strategi ini hanya berfungsi semasa pasaran sedang berada dalam trend. Semasa pasaran yang mendatar, strategi ini boleh menghasilkan banyak signal palsu.

Berdagang dengan FBS menggunakan Indikator DeMarker dan Parabolic SAR dan dapatkan keuntungan yang stabil.

Cuba Berdagang

Serupa

Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan

Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).

Strategi Perdagangan Momentum
Strategi Perdagangan Momentum

Artikel ini akan menerokai strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan dalam pasaran Forex.

Strategi Williams
Strategi Williams

Bill Williams ialah pencipta beberapa indikator pasaran yang paling popular: Osilator Awesome, Fraktal, Alligator dan Gator.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera