1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Haiwan Dalam Perdagangan
2023-04-03 • Dikemaskini

Haiwan Dalam Perdagangan

PRNEW-2249 Animals in trading.png

Kami yakin anda pernah menonton Wolf of the Wall Street di mana Leonardo DiCaprio memainkan watak Jordan Belfort. Pernahkah anda terfikir mengapa watak utama di filem ini dirujuk sebagai serigala?

Bukan itu sahaja. Ambil lembu jantan (bulls) dan beruang (bears), sebagai contoh. Hampir semua orang pernah mendengar tentang bulls dan bears apabila bercakap tentang perdagangan di pasaran kewangan. Walau bagaimanapun, jika anda selami dengan lebih mendalam, anda akan melihat bahawa pasar dihuni oleh segala warga alam haiwan yang lebih dari sekadar serigala, lembu jantan dan beruang.

Haiwan di pasaran saham adalah istilah yang lazim digunakan untuk mentakrifkan ciri-ciri jenis pedagang atau pelabur atau senario pasaran.

Mari kita kenali haiwan-haiwan perdagangan yang biasa digunakan di pasaran saham.

PRNEW-2249 Animals in trading_bull_bear_642х361.png

Lembu Jantan (The Bull)

Adakah anda tahu kisah di sebalik Charging Bull di Daerah Kewangan di NYC? Mengapa lembu jantan? Jawapannya jelas. Seekor lembu jantan mewakili satu kisah Impian Amerika (the American Dream). Bila anda ada sesuatu yang perlu diperjuangkan, anda lakukannya, walaupun anda sedang melalui masa yang sukar.

Oleh itu, pedagang bull memperjuangkan persekitaran pasaran yang positif — harga cenderung untuk meningkat, justeru meningkatkan pelaburan dan keuntungan pedagang.

Beruang (The Bear)

Haiwan yang kedua di pasaran saham dan berlawanan sifat dengan lembu jantan ialah beruang.

Untuk memahami pedagang bear, anda boleh bayangkan Leonard Hofstadter dari The Big Bang Theory. Watak utama itu seorang yang pesimis dan kurang keyakinan diri. Malu dan tidak selesa bercakap dengan orang yang tidak dikenali, kepalanya sentiasa teleng. Sungguh begitu, apabila beliau menyerang, tubuh Leonard menegak dan beliau meleret mangsanya ke bawah dengan cakarnya.

Ini adalah pedagang bear yang tipikal. Lantaran dari cara bear menyerang, biasanya dengan gerakan meleret ke bawah, pedagang bear bersama prospek pasarannya yang negatif dipanggil beruang. Mereka percaya harga instrumen perdagangan akan turun dan mereka cenderung untuk menjual, menjadikan harga semakin rendah.

Baca Pasaran Bullish vs. Bearish: Apakah Perbezaannya untuk memahami konsep ini dengan lebih baik.

PRNEW-2249 Animals in trading_chicken_642х361.png

Ayam (The Chicken)

Satu lagi haiwan yang mewakili jenis tingkah laku pedagang ialah ayam. Apa yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar perkataan 'ayam'? Ya betul; ayam dikaitkan dengan simpulan bahasa ‘to chicken out’, yang bermaksud takut dengan situasi.

Begitulah juga, tingkah laku pedagang ayam di pasaran saham — mereka mudah panik dan mula menjual secara impulsif apabila pasaran turun. Lazimnya, mereka rugi lebih banyak dari keuntungan yang mereka raih.

Biri-Biri (The Sheep)

Nanti dahulu, jangan terlalu teruja kerana watak di dalam filem dan kartun tidak selalunya tepat. Seorang pedagang biri-biri adalah contoh yang baik tentang hal itu.

Pedagang biri-biri bukanlah biri-biri yang menakutkan tetapi pemalu yang ternyata menjadi penjahat utama dalam Zootopia. Dengan biri-biri, semuanya seperti yang terlihat.

Pedagang biri-biri sama seperti haiwan biri-biri — mereka mengikut kumpulan majoriti dan mengikut pemimpin tanpa mengira kelayakan mereka dalam bidang kewangan.

Pedagang biri-biri tidak mempunyai strategi perdagangan yang khusus, mereka bergantung pada petua dan lifehacks yang dicanang oleh orang lain. Tidak kira apa perubahan yang berlaku di pasaran saham, mereka hanya mempunyai satu gaya perdagangan, yang telah mereka ikuti selama bertahun-tahun.

Semak Tips untuk Pedagang yang ditulis oleh penganalisis kewangan FBS untuk memahami strategi perdagangan dan menggunakannya dengan betul.

Arnab (The Rabbit)

Teka siapa pedagang yang terlalu aktif, yang matlamatnya adalah untuk membuat seberapa banyak keuntungan yang mungkin pada siang hari. Mereka adalah arnab, tentu sekali. Pedagang arnab membeli sekuriti untuk tempoh yang singkat dan mengelakkan risiko jangka panjang. Sebaik sahaja wang pantas berjaya dibuat, mereka menjual aset mereka.

PRNEW-2249 Animals in trading_turtle_642х361.png

Penyu (The Turtles)

Tidak seperti arnab yang terlalu aktif, pedagang penyu lambat dan mantap. Mereka berpegang pada pulangan jangka panjang dan biasanya untung. Untuk mendapat keuntungan daripada turun naik jangka pendek bukan satu keinginan untuk mereka.

Setiap pedagang yang tidak mahir boleh dilatih dan diajar untuk berjaya dan meraih keuntungan daripada perdagangan. Ketahui siapa yang mula-mula mencipta idea ini dan bagaimana ia sebahagian dari kehidupan di dalam artikel Sistem Perdagangan Turtle.

Ikan Paus (The Whale)

Jika anda ingin memahami karakter pedagang ikan paus, bayangkan Nick Fury dari The Avengers. Sebagai ketua S.H.I.E.L.D dan pengasas Avengers, peniaga ikan paus bersikap tenang dan membuat keputusan yang ditimbang dengan teliti. Walaupun jarang-jarang ada adegan yang menampilkan beliau, tetapi beliaulah orangnya yang membuat keputusan yang penting dan sukar, yang mempengaruhi keadaan.

Dengan cara yang sama, pedagang ikan paus boleh menggerakkan pasaran dengan satu urusniaga. Pakar pasaran menasihatkan agar kita memantau jika pedagang ikan paus ada berdagang – ada peluang untuk mengaut keuntungan dengan memerhatikan pergerakan ikan paus. Walau bagaimanapun, ia sukar dilakukan kerana mereka lebih suka beraktiviti tanpa dikenali (anonymous).

Burung unta (The Ostrich)

Jika ikan paus adalah orang yang menggerakkan pasaran, burung unta adalah orang yang terjejas oleh pergerakan ini. Mengapa? Ini kerana mereka lebih suka menepis berita negatif dan mengharapkan yang lebih baik.

Seperti burung unta yang membenamkan kepalanya di dalam pasir apabila ia menghadapi bahaya, pedagang burung unta menutup mata mereka dari melihat semua isyarat yang dihantar oleh pasaran kewangan kepada mereka.

PRNEW-2249 Animals in trading_duck_642х361.png

Itik Tempang (The Lame Duck)

Ini satu lagi gambaran karakter dari jenis burung - itik tempang. Ada kisah yang menarik di sebalik istilah ini.

Pada asalnya, istilah ini datang dari London dan bursa saham pertamanya. Ia digunakan apabila pelabur tidak dapat membayar wang yang mereka pinjam dan berjalan keluar dari lorong bursa itu dengan mengesot.

Pada zaman ini, istilah ini digunakan terutamanya untuk menandakan panggilan margin (margin call).

Fakta lucu: terdapat strategi perdagangan tiga itik yang dibangunkan oleh profesional untuk berdagang dengan purata bergerak. Walaupun perkataan ‘itik’ ada pada namanya, ia tidak ada kaitan dengan pedagang itik tempang. Baca Strategi Perdagangan Three Ducks untuk memahami perbezaannya.

Jerung (The Shark)

Jerung biasanya broker dan dana yang hanya berminat untuk membuat wang. Broker-broker seperti ini berbahaya seperti jerung. Jerung biasanya bekerja dalam satu pasukan dan menarik individu untuk membeli saham yang tidak jelas yang menjanjikan keuntungan yang tinggi. Kemudian mereka menaikkan harga dengan berdagang sesama mereka, membuang stok, dan melenyapkan diri.

PRNEW-2249 Animals in trading_wolf_642х361.png

Serigala (The Wolf)

Akhirnya, sampai juga kita ke serigala. Serigala ialah haiwan perdagangan ketiga yang paling terkenal di pasaran saham lantaran dari filem Wolf of the Wall Street.

Jika anda sudah menonton filem itu, anda tahu bahawa haiwan ini, seperti jerung, merujuk kepada broker, bukan pedagang. Mengetahui watak utama dan cara beliau menguruskan perniagaan, seseorang boleh meneka dengan mudah mengapa dia dipanggil serigala. Broker jenis ini amat berkuasa tetapi tidak beretika. Mereka tidak kisah menjalankan penipuan dan fraud untuk untung lebih.

Kesimpulan

Seperti yang anda dapat lihat, setiap haiwan mewakili pedagang dengan gaya perdagangan yang unik. Jadi, anda jenis pedagang yang bagaimana? Ketahuinya dengan FBS. Pasukan penganalisis kewangan kami melakukan yang terbaik untuk menjadikan perdagangan berjaya untuk setiap pelanggan tanpa mengira gaya perdagangan mereka.

Jika anda seorang pemula, ketepikan kebimbangan anda dan belajar berdagang seperti seorang profesional dengan Buku Panduan Forex dan Video Forex. Pedagang yang berpengalaman boleh meningkatkan kemahiran perdagangan mereka dengan Analisis Pasaran Harian dan TV Forex, sumber hebat yang memberikan gambaran pasaran yang menyeluruh, idea perdagangan dan analisis yang mendalam.

Sama ada anda biri-biri atau lembu jantan, perdagangan anda akan berjaya dengan FBS.

FAQ

Apakah itu lembu jantan (bulls) di pasaran saham?

Bulls (lembu jantan) adalah pedagang yang positif yang membeli saham dengan harapan harganya akan naik.

Apakah itu beruang (bears) di pasaran saham?

Bears (beruang) ialah pedagang yagn negatif yang menjual saham kerana mereka menjangkakan harga akan turun.

Apakah itu ayam di pasaran saham?

Ayam (Chicken) adalah pedagang yang penakut dan tidak mengambil risiko dan menjual secara impulsif apabila pasaran bergoncang.

Apakah itu biri-biri di pasaran saham?

Biri-biri (sheeps) adalah pedagang yang tidak mempunyai strategi sendiri dan sentiasa mengikut gerak-geri pedagang lain.

Apakah itu arnab di pasaran saham?

Arnab (rabbit) ialah pedagang yang terlalu aktif yang cuba mengaut keuntungan dengan pantas dan banyak pada siang hari.

Apakah itu burung unta di pasaran saham?

Burung unta (ostrich) ialah pelabur yang menanam kepala mereka di dalam pasir apabila pasaran menghantar beberapa isyarat negatif kepada mereka.

Apakah itu ikan paus di pasaran saham?

Paus (whale) ialah pedagang kaya yang boleh mempengaruhi keadaan di pasaran dengan hanya satu urusniaga.

Baca lebih lanjut

  • 2048

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera