1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah Itu Blok Pesanan Dalam Forex?
2023-10-26 • Dikemaskini

Apakah Itu Blok Pesanan Dalam Forex?

cover.png

Pedagang runcit bukanlah satu-satunya pemain dalam pasaran Forex. Sebagai tambahan, terdapat pemain-pemain lain yang lebih besar seperti bank pusat dan institusi kewangan. Memandangkan mereka mempunyai lebih banyak dana berbanding pedagang biasa, mereka biasanya melakukan transaksi besar yang dibahagikan kepada blok-blok pesanan (order blocks).

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apakah itu blok pesanan Forex, bagaimana ia dapat dicari pada carta harga, dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk kelebihan anda.

Apakah itu blok pesanan Forex?

Tidak seperti pedagang runcit yang motivasi utamanya adalah keuntungan, pemain-pemain pasaran besar membuat pesanan atas pelbagai sebab. Bank pusat, misalnya, melakukan perkara tersebut untuk mengawal nilai matawang negara; manakala syarikat dan institusi kewangan berbuat demikian sebagai sebahagian daripada strategi lindung nilai mereka. Dalam apa-apa kes, apabila mereka memasuki pasaran, mereka membawa wang yang banyak ke dalamnya.

Walau bagaimanapun, bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku kepada harga pasangan-pasangan Forex jika institusi-institusi kewangan ini meletakkan keseluruhan pesanan mereka dalam satu dagangan? Pasaran akan menjadi sangat tidak stabil, dan harga sama ada akan melonjak atau turun, menjadikan ia kurang menguntungkan bagi institusi. Itulah sebabnya mereka membahagikan pesanan mereka kepada beberapa dagangan yang lebih kecil, mewujudkan pesanan tertunggak yang akan dipenuhi tanpa memberi tekanan pada pasaran.

Oleh itu, dalam perdagangan Forex, blok-blok pesanan ialah kawasan pada carta harga di mana institusi-institusi kewangan besar cuba membeli atau menjual pasangan matawang tanpa menjejaskan pasaran. Dan jika anda melihat carta harga, blok pesanan dilihat sebagai satu kumpulan pesanan yang tertumpu pada aras harga tertentu. Aras ini boleh bertindak sebagai sokongan dan rintangan, poin penyongsangan dan penembusan, dan secara amnya mendahului pergerakan pasaran yang mendadak.

What Are Order Blocks In Forex_1200x675_1.png

Kepentingan blok-blok pesanan

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda perlu mengetahui tentang blok-blok pesanan walaupun anda tidak ada kaitan dengan institusi kewangan yang lebih besar. Tetapi walaupun blok pesanan diletakkan secara khusus untuk mengelakkan kesan yang ketara pada harga pasangan mata wang, ia masih lagi menjejaskan pasaran.

  1. Institusi-institusi kewangan yang besar selalunya mempunyai lebih banyak sumber maklumat yang tersedia untuk mereka. Oleh sebab itu, mereka mungkin cuba memanfaatkan berita-berita industri sebelum peserta pasaran yang lain. Pedagang-pedagang runcit menyedari perkara ini. Oleh itu, mereka sering mengikuti pemain pasaran yang besar, yang mungkin mengubah sentimen pasaran sepenuhnya.
  2. Memandangkan blok-blok pesanan terdiri daripada berbilang pesanan yang dilaksanakan pada aras harga yang sama, ia boleh menaikkan atau menurunkan harga. Kesan ini tidak begitu dramatik seperti yang mungkin berlaku jika institusi-institusi meletakkan satu perdagangan besar, tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan perubahan.
  3. Kadangkala, blok-blok pesanan boleh menyebabkan kemeruapan harga. Ini boleh berlaku disebabkan oleh perubahan dalam kecairan pasaran. Memandangkan blok-blok pesanan adalah besar, melengkapkan ia mungkin menjejaskan tahap bekalan dan permintaan. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan kemeruapan harga, dan ia mungkin mengambil sedikit masa untuk pasaran kembali normal.

Seperti yang anda lihat, blok-blok pesanan memberikan kesan kepada pasaran walaupun ia mungkin tidak berapa jelas pada mulanya. Itulah sebabnya mengetahui cara mengenali blok-blok pesanan pada carta boleh membantu anda bersedia untuk perubahan pasaran.

Cara mengenal pasti blok pesanan

Secara amnya, blok-blok pesanan menuruti trend menaik atau trend menurun yang kuat. Pada carta harga, ia kelihatan seperti sekumpulan candlestick, yang menunjukkan kerancakan aktiviti perdagangan yang berlaku pada aras harga tertentu. Walau bagaimanapun, bukan setiap kelompok candlestick itu blok pesanan. Untuk menyemak sama ada formasi yang anda lihat ialah blok pesanan, anda perlu menggunakan alatan lain dan mencari signal yang lain.

Sebagai contoh, indikator volum seperti indikator volum pada baki, indikator trend harga volum dan Osilator Klinger boleh membantu anda menentukan sama ada suatu volum urusniaga yang besar sedang berlaku pada aras harga tertentu. Jika jumlahnya besar, terdapat kemungkinan yang besar bahawa beberapa institusi kewangan telah meletakkan blok pesanan.

Satu lagi petanda kewujudan blok pesanan ialah pasaran yang menjulat (ranging market). Pasaran menjulat berlaku apabila harga tidak mengikut mana-mana trend tertentu. Sebaliknya, ia turun naik dalam julat yang sangat sempit, melantun daripada aras sokongan dan rintangan. Aras sokongan dan rintangan yang kuat juga boleh mengiringi blok-blok pesanan.

Memandangkan blok-blok pesanan agak jarang berlaku, adalah penting untuk mencari gabungan tanda-tanda ini untuk mendapatkan pengesahan kukuh bahawa pembentukan yang anda lihat pada carta ialah blok pesanan.

Blok pesanan: strategi perdagangan

Jika anda berjaya mengenal pasti blok pesanan, anda boleh menggunakannya untuk kelebihan anda. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan blok-blok pesanan dalam strategi perdagangan anda:

  • Mencari aras sokongan dan rintangan. Memandangkan harga dalam blok pesanan turun naik dalam julat yang ketat, aras di mana lantunan berlaku bertindak sebagai sokongan dan rintangan. Anda boleh membuka posisi apabila harga menembusi salah satu aras ini dan membuat pesanan renti rugi di bawah (untuk dagangan beli) atau di atas (untuk dagangan jual) aras yang ditembusi. Namun, berhati-hati, kerana penembusan pertama mungkin satu ujian, dan harga mungkin kembali ke blok pesanan.

What Are Order Blocks In Forex_1200x675_2.png

  • Penembusan (breakout). Blok-blok pesanan biasanya mendahului trend bullish atau bearish yang kuat. Anda boleh menunggu sehingga harga keluar dari blok pesanan dan memasuki perdagangan sebaik sahaja trend baharu dapat dikenal pasti.

What Are Order Blocks In Forex_1200x675_3.png

  • Mencari signal penyongsangan. Kadang-kadang, blok-blok pesanan mungkin diiringi dengan carta penyongsangan atau pola-pola candlestick. Jika anda melihat pola-pola penyongsangan pada carta, tunggu sehingga harga keluar dari blok pesanan. Kemudian, anda boleh membuka posisi dalam arah yang bertentangan dari trend yang sebelumnya.

What Are Order Blocks In Forex_1200x675_4.png

Seperti yang anda lihat, blok-blok pesanan boleh digunakan dalam beberapa cara yang berbeza, asalkan anda telah mengenal pasti blok pesanan dengan betul.

Blok pesanan: ringkasan

Blok-blok pesanan berlaku apabila para pemain pasaran yang besar memasuki pasaran Forex. Walaupun mustahil untuk berdagang melawan institusi kewangan yang besar, blok-blok pesanan memberikan peluang yang sangat baik untuk para pedagang runcit menggunakan aksi pemain-pemain pasaran yang terkemuka untuk keuntungan mereka. Pada masa yang sama, blok-blok pesanan jarang berlaku. Oleh itu, mungkin sukar untuk ia dikenal pasti pada carta harga.

  • 1187

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera