1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Mengapakah Pedagang Memerlukan Analisis Teknikal?
2023-07-13 • Dikemaskini

Mengapakah Pedagang Memerlukan Analisis Teknikal?

TRFNEW-1230 Why Traders Need Technical Analysis_642x361-1.png

Sejak dari pembukaan akaun perdagangan, setiap pedagang mempunyai soalan yang sama dalam minda mereka: kemanakah harga saham akan pergi? Adakah ia akan menaik, menurun, atau kekal di tempat sama? Jawapan kepada soalan ini terdapat pada analisis pasaran. Terdapat dua jenis analisis: fundamental dan teknikal. Artikel ini akan membincangkan analisis teknikal dengan terperinci dan terokai cara-cara untuk mengaplikasikannya pada perdagangan saham.

Apakah itu analisis teknikal?

Analisis teknikal mengkaji sejarah harga pasaran bagi meramalkan harga akan datang dengan menggunakan pelbagai perkakas. Itulah caranya bagaimana pedagang menentukan bila untuk membeli dan menjual aset di exchange. Mereka bukan sahaja menilai saham dan pengeluar tetapi pergerakan harga.

Analisis fundamental vs. teknikal: analisis fundamental meramalkan tingkah laku harga berdasarakan peristiwa ekonomi, manakala analisis teknikal hanya memfokuskan kepada tingkah laku harga yang lepas.

Mari kita bercakap tentang peraturan asas yang diikuti oleh penyokong analisis teknikal.

1. Aksi pasaran akan memberikan diskaun kepada segala-galanya.

Penganalisis teknikal percaya bahawa semua faktor yang mempengaruhi harga sudah diambil kira dalam penawaran dan permintaan. Justeru, mereka tidak mengambil kira apakah faktor yang membuatkan harga tersebut naik atau turun; perkara yang penting adalah perubahan pada harga tersebut.

2. Harga bergerak di dalam trend.

Harga tidak bergerak tanpa hala tuju tetapi ia akan mengikuti pola-pola tertentu. Ini bermakna trend boleh dikenalpasti, dijelaskan, dan kemudian akan digunakan pada perdagangan untuk membuat keuntungan. Pedagang perlu mengenalpasti trend dan mengikutinya tepat pada masanya.

3. Sejarah akan berulang kembali.

Manusia cenderung untuk memberikan reaksi yang hampir sama terhadap situasi tertentu, jadi sejarah itu akan berulang. Peraturan yang berkuat kuasa pada masa lalu mungkin berfungsi pada masa kini dan akan datang.

Mengapakah analisis teknikal berfungsi dengan baik?

Perkakas analisis teknikal akan mengukur pergerakan harga menggunakan formula matematik supaya anda jelas dan yakin terhadap objektifnya. Sebagai tambahan, analisis teknikal mengambil kira psikologi dan emosi peserta-peserta pasaran.

Dan juga, analisis teknikal akan mendisiplinkan para pedagang: mereka membeli dan menjual hanya selepas signal. Signal akan muncul berdasarkan analisis penawaran dan permintaan yang bergantung pada harga.

Sekiranya anda tidak yakin dengan kemahiran perdagangan saham anda, cari maklumat bertajuk analisis teknikal untuk pemula.

Bagaimana untuk melakukan analisis teknikal

Berdasarkan prinsip utama yang membentuk analisis teknikal, terdapat beberapa cara untuk melakukannya. Aliran data transaksi pertukaran boleh ditunjukkan dalam bentuk carta harga. Itu ialah garisan yang berubah-ubah masa, setiap titik yang menggambarkan maklumat tentang harga dan masa setiap transaksi.

Ini merupakan beberapa kaedah analisis teknikal.

Analisis klasik

Intipati kaedah ini adalah untuk melukis garisan pada carta harga, yang membentuk trend dan menunjukkan arah perubahan harga serta paras harga, yang menunjukkan kawasan penglibatan maksimum pedagang dan juga angka. Ia memberikan perincian pilihan yang mungkin untuk penerusan, ketidaktentuan atau penyongsangan arah trend sedia ada.

TRFNEW-1230 Why Traders Need Technical Analysis_642x361-2.png

Analisis indikator

Kaedah analisis teknikal ini termasukalah fungsi matematik, yang akan dibahagikan kepada indikator trend dan osilator berlawanan trend.

Indikator trend termsuklah pelbagai model yang akan menunjukkan arah trend utama yang terlicin daripada huru-hara kenaikan dan penurunan harga. Osilator merangkumi kaedah matematik untuk menentukan harga tidak munasabah tinggi (terlebih beli) dan tidak munasabah rendah (terlebih jual) berbanding julat pergerakan sebelumnya.

TRFNEW-1230 Why Traders Need Technical Analysis_642x361-2.png

Analisis volum

Analisis teknikal pada situasi pasaran pada hari ini adalah berdasarakan volum (bilangan posisi yang aktif) bagi tempoh yang tertentu. Penganalisis telah lama melihat korelasi: perubahan harga berlaku semasa tempoh volum tinggi. Lebih tinggi volum pada satu rangka masa tertentu, semakin besar kemungkinan pergerakan harga adalah benar, dan trend berkemungkinan berterusan dalam arah yang sama. Volum juga berayun, jadi pada kebiasaannya terdapat kenaikan volum selepas tempoh yang tenang.

TRFNEW-1230 Why Traders Need Technical Analysis_642x361-4.png

Analisis candlestick

Jenis analisis teknikal ini menggunakan satu atau beberapa pola candlestick bagi menganalisis apakah yang berlaku pada pasaran kewangan. Carta candlestick akan digabungkan dengan beberapa perkakas analisis teknikal lain dan ia boleh digunakan pada semua rangka masa instrumen kewangan.

Terdapat model penyongsangan pada trend terkini dan model penerusan. Model itu mengandungi satu atau lebih candlestick. Bukan sahaja warnanya , tetapi nisbah badan candlestick dan bayangnya dan juga tempat di mana candlestick itu berada pada carta juga penting.

TRFNEW-1230 Why Traders Need Technical Analysis_642x361-5.png

Contoh analisis teknikal

Sebagai contoh, kami menyarankan anda untuk melihat bagaimana osilator Indeks Saluran Komoditi berfungsi. Jika anda memilihnya di platform, tetapkan tempoh pada 14. Apabila garisan CCI melebihi paras 100, anda boleh melihat bahawa harga tersebut sudah terlebih beli (overbought). Apabila ia mencapai paras di bawah -100, ia akan memberikan isyarat terlebih jual (oversold).

Matlamat anda untuk strategi analisis teknikal ini adalah untuk mengenalpasti pola penyongsangan candlestick pada carta apabila CCI berada melebihi paras 100 atau di bawah paras -100, dengan membayangkan bahawa harga akan kembali ke tahap neutral.

Sebagai syaratnya, terdapat pola penyongsangan yang terbentuk di carta pada waktu tersebut. Selalunya, kita boleh melihat Bullish Engulfing selepas keadaan terlebih jual (oversold) dan corak Bearish Engulfing apabila pasaran terlebih beli (overbought).

Justeru, sekiranya pola penyongsangan itu terbentuk serentak dengan kembalinya harga kepada paras posisi neutral, ia merupakan petunjuk untuk melakukan urusniaga.

Bagaimana untuk menggunakan analisis teknikal

Aplikasi TA yang palin efektif untuk pasaran saham adalah untuk menentukan poin masuk dan keluar. Anda mungkin melakukan kesilapan apabila membuat analisis teknikal. Belajar daripada kesilapan anda, dan anda akan lebih sabar menunggu petunjuk pada masa hadapan.

Pedagang menggunakan analisis teknikal pada semua rangka masa, daripada minit ke bulan dan lebih lama. Tambahan lagi, lebih besar rangka masa, lebih rendah huru-hara yang berlaku dan ia membuatkan analisis teknikal berfungsi dengan lebih baik.

Penganalisis percaya bahawa keuntungan boleh dibuat dalam mana-mana pasaran jika trend dikesan dengan betul, posisi dibuka ke arah trend, dan kemudian posisi itu ditutup. Sebagai contoh, sekiranya harga turun ke aras sokongan, anda perlu mengambil peluang untuk membuka posisi membeli. Dan sekiranya harga menaik ke aras rintangan dan berpatah balik untuk membuka posisi menjual.

Berdagang dengan analisis teknikal

Setiap kaedah analisis teknikal adalah berdasarkan postulat asas dan cuba menentukan keseimbangan antara pembeli dan penjual dalam perdagangan. Keseimbangan ini akan menunjukkan samada harga akan menaik, menurun atau kekal di tempatnya.

Setiap kaedah analisis teknikal mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri bagi perdagangan pasaran saham. Itulah sebabnya cara yang betul untuk pemula adalah mengkaji semua nuansa dan menggabungkan kaedah utama analisis teknikal dalam perkadaran yang betul.

Baca lebih lanjut

  • 1375

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera