Active Trading

Perdagangan Aktif

Apakah Itu Perdagangan Aktif?

Perdagangan aktif ialah pembelian dan penjualan aset kewangan untuk keuntungan segera berdasarkan pergerakan harga jangka pendek. Ia biasanya dilakukan di pasaran yang sangat cair. Pedagang yang aktif biasanya lebih suka bekerja dengan saham, forex dan derivatif yang meruap-ruap.

Mereka sentiasa menganalisis pasaran-pasaran ini, mengkaji arah trend dan mengesan pola. Pedagang yang mengambil bahagian secara aktif di pasaran menggunakan pelbagai kaedah dan strategi untuk mencapai matlamat perdagangan mereka. Maksud perdagangan aktif membayangkan bahawa pedagang harus sentiasa bersedia untuk membuat urusniaga. Lantaran dari sebab ini, perdagangan aktif memerlukan pelbagai sumber maklumat untuk memaksimumkan potensi peluang.

Perdagangan Aktif VS. Perdagangan Pasif

Apabila orang ramai berdagang secara pasif, mereka menumpukan fokus mereka pada pelaburan jangka panjang dan pertumbuhan aset. Perdagangan jenis ini melibatkan strategi jangka panjang yang direka dengan teliti untuk mengurangkan risiko. Ramai orang menggunakan kaedah pelaburan seperti ini untuk meningkatkan dana persaraan mereka kerana portfolio yang dipelbagaikan dengan baik lebih berkemungkinan menjana pulangan yang konsisten dengan pertumbuhan eksponen dalam tempoh yang panjang. Pedagang pasif berusaha untuk mengurangkan bilangan urusniaga, sambil memastikan setiap urusniaga dibuka selama beberapa minggu dan bulan. Untuk mencapai matlamat ini, mereka cuba mengikuti trend jangka panjang. Justeru, pedagang dan pelabur yang sedemikian memantau carta hanya sekali-sekala sahaja. Perhatikan bahawa pedagang pasif masih tetap terkesan dengan risiko pasaran dan mungkin bertindak balas lebih perlahan terhadap perubahan situasi pasaran.

Pedagang yang aktif, sebaliknya, cuba meraih keuntungan daripada turun naik harga jangka pendek atau dengan menanti masa yang tepat di pasaran. Pedagang sebegini menggunakan lebih banyak masa untuk menganalisis pasaran dan perdagangan. Mereka memilih instrumen yang lebih murah untuk didagangkan, iaitu yang mempunyai spread yang lebih rendah. Walaupun pedagang aktif terdedah kepada pelbagai risiko, mereka lebih fleksibel di mana mereka boleh memanfaatkan pelbagai peluang perdagangan. Selain itu, pedagang yang aktif boleh memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang pasaran dengan cepat.

Jenis-jenis Perdagangan Aktif

Pedagang menggunakan beberapa kaedah dalam perdagangan aktif. Setiap satunya ada kebaikan dan keburukan. Sebagai pedagang yang aktif, anda boleh menggunakan salah satu atau mengkombinasikan strategi di bawah. Walau bagaimanapun, ketika memutuskan jenis yang hendak dipilih, anda perlu mengkaji dan mempertimbangkan semua risiko dan kos yang terkait dengan setiap strategi tersebut.

Perdagangan Harian (Day Trading)

Secara asasnya, apabila orang berfikir tentang perdagangan aktif, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah Perdagangan Harian. Strategi ini melibatkan pembelian dan penjualan aset dalam satu hari perdagangan yang sama untuk memanfaatkan perubahan-perubahan kecil di pasaran. Mereka yang terlibat dalam perdagangan jenis ini biasanya pedagang profesional yang tahu dengan tepat aset yang mahu dibeli dan bila mereka harus menjualnya.

Perdagangan Scalping

Perdagangan scalping ialah gaya perdagangan aktif yang tempoh jangka masanya adalah yang paling pendek sekali. Ia memfokuskan kepada pembukaan posisi yang bersaiz besar untuk meraih keuntungan dari perbezaan harga yang terhasil dalam tempoh yang sangat sekejap, dari beberapa saat hingga seminit. Namun ada kes-kes tertentu di mana ia boleh bertahan sehingga beberapa jam, namun ini amat jarang sekali berlaku. Dengan strategi ini, pedagang mengambil kesempatan daripada jurang harga yang disebabkan oleh spread antara harga bid/ask dan aliran pesanan.

Perdagangan Swing

Perdagangan swing ialah strategi perdagangan jangka masa sederhana yang digunakan oleh pedagang yang membuat keuntungan daripada turun naik harga. Pedagang swing mengenal pasti arah trend harga dan kemudian mengekalkan pegangan aset tertentu untuk sekian tempoh untuk membuat keuntungan – dari satu hari hingga beberapa minggu.

Perdagangan Posisi

Perdagangan posisi sedikit berbeza dengan tiga jenis perdagangan aktif yang lain. Ia berkenaan dengan selang masa yang paling lama. Pedagang berpegang kepada satu-satu trend secara terus-menerus, dari beberapa hari ke beberapa minggu atau bahkan beberapa tahun. Secara amnya, pedagang posisi masuk posisi (membuka urusniaga) setelah suatu trend itu terbentuk dengan mantap. Sebaik sahaja trend itu pecah, mereka keluar dari posisi tersebut. Perdagangan jenis ini melibatkan portfolio pelaburan yang besar dan secara umumnya dikaitkan dengan pelabur pasif.

Undur

2023-07-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera