Arbitrage

Arbitraj

Sesetengah pedagang bergantung kepada analisis fundamental untuk membuat keputusan perdagangan mereka. Manakala sesetengah daripada mereka meramal pergerakan pasaran dengan carta dan indikator-indikator teknikal. Tetapi ada sesuatu yang kami ingin beritahu kepada anda dan ia sangat berbeza di dalam dunia perdagangan. Mari kita selami dunia perdagangan arbitraj yang mempunyai potensi tanpa had.

Apakah itu perdagangan arbitraj?

Bayangkan anda mempunyai peluang dan kemungkinan untuk membeli dan menjual aset yang sama pada dua tempat yang berlainan. Mengapa anda perlu melakukannya? Disebabkan perbezaan harga aset-aset tersebut. Pedagang arbitraj memanggilnya spread. Secara asasnya, anda mengenalpasti spread harga aset yang sama pada pusat perdagangan yang berlainan dan membuka dagangan dua arah: long yang lebih murah dan short yang lebih mahal. Harga tersebut akan cenderung menuju ke anggaran tempat yang sama (kerana ia aset yang sama, dan ia sepatutnya mempunyai harga yang sama). Hasil daripada kedua-dua dagangan adalah keuntungan anda.

Tetapi ini bukanlah satu-satunya kaedah perdagangan arbitraj. Kaedah seterusnya adalah dengan memahami mekanisma pergerakan kecairan pengurup. Ia hanya boleh dilakukan dengan saham-saham dan anda perlu memberi pertimbangan kepada situasi yang berlaku sebelum dan selepas pasaran. Pedagang perlu mengenalpasti perbezaan harga pada aset-aset sebelum sesi perdagangan utama bermula. Dengan cara ini beliau akan mempunyai kelebihan terhadap masa dan kecairan kerana volum perdagangan sebelum dan selepas sesi perdagangan adalah jauh lebih rendah. Volum yang rendah akan menghasilkan kemeruapan yang tinggi, dan dengan kemeruapan akan terhasil perbezaan harga. Selepas bermulanya sesi perdagangan, harga aset cenderung menumpu ke satu tempat, dan pedagang akan memperolehi keuntungan.

Contoh lain arbitraj ialah perdagangan kadar dana. Anda perlu mengenalpasti perbezaan kadar dana pada beberapa pengurup (lebih mudah untuk melakukannya pada pengurup kripto berbanding yang lain) dan membuka dagangan dua arah dengan postur yang sama. Satu daripada dagangan tersebut akan mengambil wang anda sebagai dana, dan yang satu lagi akan memberikan anda wang. Perbezaan antara kedua-keduanya adalah keuntungan anda. Ini merupakan strategi arbitraj yang mempunyai risiko lebih rendah, dan keuntungannya adalah sangat kecil (sebahagian kecil daripada peratusan sehari).

Contoh perdagangan arbitraj

Apabila anda berdagang matawang, arbitraj boleh dikenalpasti pada broker yang mengambil data daripada beberapa pusat pasaran yang berbeza. Untuk melakukan dagangan seperti itu anda perlu mempunyai perisian khas, atau usaha dan dedikasi yang tinggi kerana perbezaan harga tersebut adalah kecil dan pedagang arbitraj lain melakukannya hanya dalam beberapa minit sahaja. Pada pasaran saham arbitraj akan dihapuskan dalam beberapa saat sahaja dengan bantuan robot perdagangan frekuensi tinggi daripada dana lindung nilai (hedge funds) dan beberapa syarikat lain. Potensi keuntungan bagi satu-satu dagangan itu adalah sangat rendah (0.3% bagi setiap dagangan pada pasaran saham adalah hasil yang baik), tetapi dagangan sedemikian mempunyai risiko yang sangat rendah jika anda betul-betul memahamai apa yang anda lakukan.

Mari saya jelaskan kepada anda contoh dagangan tersebut. Anda melihat harga BTCUSD di FBS adalah $61 000, dan di Pengurup Binance, ia $62 000. Anda membeli Bitcoin di FBS dan menjual di Binance. Apabila harga selari anda menutup kedua-dua dagangan dan mengaut keuntungan anda.

Sila berhati-hati, harga boleh menuju ke satu arah. Anda memerlukan lebih banyak pengesahan sebelum melakukan dagangan. Selamat berjaya!

Undur

2023-11-17 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu perdagangan Forex?

    Forex, atau dikenali juga sebagai pasaran pertukaran matawang asing atau pasaran FX, adalah pasaran paling didagangkan di dunia, dengan pusing ganti sebanyak $5.1 trilion sehari. Dalam perkataan yang mudah, perdagangan Forex adalah proses menukar matawang suatu negara menjadi matawang negara lain, dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dari perubahan nilainya.

  • Apakah itu akaun perdagangan?

    Untuk mula berdagang di Forex, anda mesti membuka akaun terlebih dahulu. Kegunaan utama akaun perdagangan adalah untuk melakukan transaksi (membuka dan menutup pesanan) dengan pelbagai instrumen kewangan. Akaun perdagangan serupa dengan akaun bank – anda menggunakannya untuk menyimpan, deposit, dan mengeluarkan wang. Walau bagaimanapun, deposit dan pengeluaran hanya tersedia setelah anda mengesahkan akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera