Bed and Breakfast Deal

Urusniaga Bed and Breakfast

Apakah tawaran bed and breakfast pagi?

Urusniaga bed and breakfast ialah operasi di Bursa Saham London di mana pemilik menjual saham atau sekuriti pada waktu petang dan mengatur dengan broker untuk membeli saham yang sama pada pagi berikutnya serta-merta selepas pasaran dibuka. Ia membolehkan pelabur meminimumkan amaun cukai keuntungan modal yang harus mereka bayar. Sekiranya terdapat peristiwa yang tidak dijangka di pasaran, transaksi ini gagal.

Bagaimana urusniaga bed and breakfast berfungsi

Pedagang membuat urusniaga bed and breakfast untuk mengekalkan portfolio pelaburan mereka dan meminimumkan cukai keuntungan modal di UK. Pedagang menutup posisi pada akhir tahun dan membuka semula kedudukan serta-merta pada hari pertama tahun fiskal baharu untuk mengambil kesempatan dari pengecualian cukai tahunan. Memandangkan amalan ini bertujuan untuk mengehadkan cukai keuntungan modal dengan sengaja, pihak berkuasa cukai telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekang transaksi bed and breakfast ke tahap minimum. Akhirnya, pada tahun 1998 mereka telah mengharamkan amalan itu secara efektif dengan peraturan 30 hari.

Disebabkan peraturan ini, urusniaga bed and breakfast tradisional tidak lagi boleh dibuat dengan cara yang mudah. Pedagang kini mesti menunggu 30 hari sebelum membeli semula saham, di mana ini baik untuk tujuan perancangan cukai keuntungan modal. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya menarik bagi mereka yang ingin terus kekal di pasaran.

Mengajuk urusniaga bed and breakfast dengan CFD

Pedagang di UK boleh membuat urusniaga B&B menggunakan Kontrak Untuk Perbezaan (CFD, Contract for Difference). CFD membolehkan anda meraih pendapatan dari perbezaan nilai aset=aset tertentu dari saat kontrak dibuka hingga ia ditutup. Pedagang boleh menggunakan CFD sebagai pelampung untuk memastikan bahawa harga untuk aset ini tidak akan berubah dan akan kekal untuk mereka.

Jadi, pedagang berkenaan menjual asetnya dan membeli CFD. Selepas 30 hari, dia menukar kembali CFD menjadi aset tanpa rugi apa-apa.

Contoh urusniaga bed & breakfast

Bayangkan kononnya anda telah membeli 10,000 saham Crocs 6 bulan lalu pada harga $135.5 dan saham Crocs pada masa ini berharga $135. Anda menghubungi broker saham anda dan menjual saham tersebut pada harga $135, memahami bahawa anda kini kerugian sebanyak $5,000.

Kemudian anda segera menghubungi broker CFD anda dan membeli 10,000 saham Crocs. Ingat bahawa jika anda membeli CFD sebagai cerminan bagi posisi long 10,000 saham Crocs, broker biasanya akan keluar dan membeli saham tersebut di pasaran. Ini membekukan sebahagian dari modal broker tersebut dan syarikat itu pasti ingin mendapat ganjaran untuknya. Jadi, tanpa mengira margin awal yang anda bayar untuk membeli CFD, anda akan dikenakan kadar faedah harian di atas keseluruhan urusniaga.

Pada kadar faedah 5% per tahun; ini bersamaan dengan $184.93 sehari, bersamaan dengan $5732.83 untuk tempoh 31 hari. Selepas 31 hari, kedudukan CFD dijual pada harga saham Crocs semasa. Sejurus selepas menjual CFD, anda menghubungi broker saham biasa anda dan membeli semula 10,000 saham Crocs. Urusniaga Bed & Breakfast telah selesai.

Undur

2022-03-09 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera