Capital adequacy ratio

Nisbah kecukupan modal

Apakah itu nisbah kecukupan modal?

Nisbah kecukupan modal (CAR, capital adequacy ratio) digunakan secara aktif di dalam mengawal selia aktiviti institusi kewangan. Ia boleh ditakrifkan dengan beberapa cara. Pertama, ia adalah nisbah modal sebuah bank berbanding aset-aset berwajaran risiko dan liabiliti semasanya (pendedahan kredit). Oleh kerana pinjaman mendominasi aset-aset bank tersebut, CAR adalah indikator pencagaran (collateralization) pinjaman-pinjaman yang dikeluarkan dengan dana bank berkenaan.

Nisbah ini digunakan dalam mengadakan standard tertentu untuk bank-bank. Dengan cara ini, kita boleh mengukur daya tarikan pelaburan bagi bank-bank ini untuk para pelabur dan pendeposit atau untuk memahami keterjaminan suatu kredit.

Untuk mematuhi keperluan kawalan selia, institusi kewangan haruslah sama ada meningkatkan modal ekuiti atau mengurangkan aset dan volum pinjamannya. Justeru, bank-bank terpaksa mengabaikan operasi yang berisiko, yang tentunya akan meningkatkan tahap kestabilan kewangan.

Nisbah Kecukupan Modal = (Tahap-I + Tahap-II (Dana modal)) /Aset wajaran risiko

Tahap-I ialah modal teras, seperti ekuiti dan rizab yang didedahkan, dan Tahap-II ialah modal tambahan.

Apakah yang anda perlu tahu tentang nisbah kecukupan modal?

Untuk mengukur nilai purata CAR, Perjanjian Basel (Basel Accord) telah dimeterai pada tahun 1988. Perjanjian ini terdiri dari beberapa edisi dan setiap satunya mengandungi peraturan yang disyorkan untuk bank-bank dan institusi kewangan lain.

Norma-norma di dalam Basel III menetapkan nisbah modal kepada aset berwajaran risiko sebanyak 10.5%. Walau bagaimanapun, sesetengah bank di India perlu mengekalkan CAR sebanyak 9-12%. Sekiranya bank berkenaan gagal mematuhi peraturan ini, ia boleh dikira muflis, yang bermaksud bahawa bank tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk menyerap kerugian dengan secukupnya.

Sebagai contoh, mari kita misalkan bahawa bank JPM mempunyai $100 juta modal tahap-I dan $50 juta modal tahap-II. Pinjaman-pinjaman bank ini telah ditimbang dan dikira bernilai $500 juta. CAR bagi bank JPM ialah 30 peratus (($100 + $50) / $500). Oleh itu, JPM mempunyai nisbah kecukupan modal yang sangat tinggi (3 kali ganda keperluan). Akibatnya, kebarangkalian JPM akan menjadi muflis jika berlaku kerugian yang tidak dijangka adalah kecil. 

Secara ringkasnya, bank dengan nisbah kecukupan modal yang tinggi dianggap selamat dan berkemungkinan tinggi akan memenuhi obligasi kewangannya.

Undur

2024-03-14 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera