Discount Broker

Broker Diskaun

 Sebuah broker saham, individu atau sebuah syarikat yang melaksanakan dagangan pada harga lebih rendah dari harga broker servis penuh tetapi tidak memberikan nasihat pelaburan dipanggil Broker Diskaun. Sebelum ini, bila internet tidak tersedia untuk semua orang, hanya pedagang-pedagang kaya mampu menggunakan perkhidmatan broker dan ikut serta dalam perdagangan matawang di pasaran saham. Bagaimana pun, berkerja menggunakan broker diskaun boleh memberikan akses pelaburan yang lebih murah. Ini boleh membawa kepada keputusan yang lebih baik dan untung yang lebih besar. Dalam masa yang sama, para pelabur tidak boleh mendapatkan perkhidmatan yang terperinci seperti yang boleh didapatkan dari broker perkhidmatan penuh.

Kelebihan terbesar berkerja dengan broker diskaun adalah penjimatan yang pelabur nikmati pada transaksi. Bila berkerja dengan broker biasa, para pelabur sering perlu membayar amaun wang yang besar dalam bentuk komisen kepada broker. Komisen-komisen ini mungkin berdasarkan kepada volum dagangan atau boleh juga berbentuk kadar rata. Jika seorang pedagang berdagang dengan kerap, komisen ini boleh menimbun dengan cepat. Dengan berkerja menerusi broker diskaun, seorang pelabur boleh menjimatkan sejumlah wang yang banyak dan meningkatkan keuntungan. Namun dari satu segi yang lain, broker diskaun tidak memberikan konsultasi peribadi, nasihat, kajian, rancangan percukaian, dan khidmat perancangan harta untuk para pelanggan.

Mengapa Gunakan Broker Diskaun

Percambahan begitu banyak broker diskaun di internet telah membawa pelaburan saham dekat dengan orang kebanyakan, dan setelah bertahun-tahun mereka telah berevolusi dan kini menampilkan ciri-ciri yang memberangsangkan seperti pendidikan pelaburan yang mendalam, panduan portfolio, dan akses kepada kajian korporat.

Perbrokeran seperti ini biasanya tidak menawarkan nasihat perdagangan, walaupun lazim untuk broker diskaun menawarkan kajian percuma dan perkakas pendidikan untuk membantu para pedagang membuat keputusan perdagangan yang lebih baik.

Dengan perbrokeran diskaun, para pedagang boleh melaksanakan dagangan secara online dan automatik menerusi sistem perdagangan berkomputer, atau menelefon broker untuk membuat pesanan, walaupun pilihan kedua ini memakan lebih banyak kos. Sesetengah broker diskaun mengenakan fi tahunan, namun ini bukanlah kelaziman. (Untuk butiran selanjutnya, lihat: Robo-advisor).

Broker "servis penuh" tradisional menawarkan lebih dari sekadar memudah cara pembelian dan penjualan saham atau bond. Broker-broker jenis ini cenderung untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk, termasuk perancangan kewangan dan persaraan, nasihat pelaburan dan cukai, serta kemaskini portfolio yang kerap.

Memilih antara broker servis penuh atau diskaun adalah satu keputusan penting untuk para pelabur. Sama ada memilih yang ringkas dan kos efektif, atau memilih yang leibh mahal, lebih berorientasikan servis, bergantung kepada pengetahuan pelaburan dan kemahiran, matlamat kewangan, cita-cita, dan status kewangan pedagang. Oleh kerana komisyen biasanya memakan sebahagian besar dari keuntungan berdagang dan pelaburan, sesetengah individu memilih produk yang ditawarkan oleh broker diskaun.

Para pelabur yang kerap berdagang mendapat manfaat yang besar dari komisen yang lebih rendah di broker diskaun. Tambahan lagi, jika pelabur tidak memerlukan nasihat, mempunyai portfolio yang kecil, atau hanya mahu dagangan mereka dilaksanakan juga biasanya lebih baik menggunakan broker diskaun.

Bila seseorang pelabur harus membayar komisyen yang besar, ini boleh membawa kepada keputusan pelaburan yang lemah. Sebagai contoh, jika pelabur membuka suatu dagangan, beliau tahu dagangan tersebut harus berimbal dengan komisyen sebelum mereka boleh mendapat untung. Pelabur mungkin perlu memegang suatu dagangan terlalu lama hanya untuk mengimbangi komisen dan akhirnya membuat keputusan. Ini boleh menyebabkan pelabur untuk berdagang terlalu lama dan akhirnya hilang wang.

Di Mana Broker Diskaun Boleh Ditemui

Broker diskaun online telah menjadi semakin popular untuk beberapa tahun kebelakangan ini, dengan semakin ramainya pelabur yang memutuskan untuk milih pendekatan kos rendah dan mandiri ini, membina dan menguruskan sendiri portfolio. Dengan akaun broker diskaun online, anda boleh dagangkan saham, bond dan dana yang anda mahukan secara antarabangsa, dan mereka mengenakan caj dan fi yang lebih rendah dari pesaing servis penuh mereka. 

Pertama sekali, untuk mencari broker diskaun, adalah perlu untuk menentukan jenis akaun yang bagaimanakah yang anda mahukan, seperti akaun perbrokeran standard, atau sebuah IRA untuk melabur dan menyimpan khusus bagi persaraan. 

Kemudian, bandingan beberapa broker online untuk mencari satu yang paling menepati keperluan anda. Teliti komisyen yang dicaj oleh setiap dari mereka, sokongan yang mereka berikan, dan seberapa besar deposit permulaan yang mereka mahukan, dan lain-lain faktor berkaitan. 

Undur

2022-11-22 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera