Government Bond

Bon Kerajaan

Apakah itu bon kerajaan?

Bon kerajaan adalah sekuriti yang dikeluarkan oleh sebuah kerajaan. Tujuan utamanya adalah untuk menampung perbelanjaan dan pembayaran hutang kerajaan. Sebagai contoh, sekiranya sebuah kerajaan memerlukan wang untuk pembangunan infrastruktur, ia akan mengeluarkan bon-bon, dan menarik masuk pelaburan. Kemudian, para pelabur akan membeli bon-bon ini, dan keseluruhan wang hasil pembelian tersebut akan digunakan untuk keperluan kerajaan tersebut. Secara kasarnya, bon kerajaan adalah pinjaman daripada pelabur kepada sesebuah kerajaan.

Mengapakah para pelabur membeli bon-bon kerajaan?

Bayaran faedah

Kerajaan akan membayar faedah secara berkala yang dipanggil pembayaran kupon kepada sesiapa yang membeli bon-bon tersebut. Di samping itu, ia akan membayar prinsipal pada tarikh matang yang ditetapkan. Dalam konteks ini, prinsipal adalah jumlah wang yang dipinjam oleh kerajaan dan akan dipulangkan kembali kepada pelabur. Tarikh matang adalah dari julat satu bulan ke 30 tahun.

Keselamatan

Bon-bon yang dikeluarkan kerajaan dikelaskan sebagai pelaburan dengan risiko yang rendah. Pada kebiasaanya pembayaran faedah adalah rendah memandangkan risikonya yang minimum. Sudah tentu, kerajaan tersebut perlulah andal dan mempunyai kewangan yang stabil, jadi para pelabur akan berasa yakin bahawa kerajaan tersebut akan membayar semula yang yang dipinjam.

Bon Perbendaharaan vs. Bon Kerajaan

Di AS, terdapat beberapa jenis bon kerajaan. Bon Perbendaharaan adalah salah satu daripadanya. Bon Perbendaharaan atau T-bonds adalah bon jangka masa panjang yang mempunyai kematangan di antara 10 ke 30 tahun, dan dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan AS. Bon kerajaan daripada Perbendaharaan AS merupakan salah satu bon paling selamat di dunia, manakala bon-bon daripada negara lain adalah lebih berisiko. Itulah sebabnya mengapa para pelabur dan penganalisis menggunakan Bon Perbendaharaan sebagai penanda aras perbandingan risiko dengan sekuriti-sekuriti yang lain.

Jenis-jenis bon kerajaan

Terdapat beberapa jenis bon di AS, seperti yang diterangkan di atas. Mengapakah kita hanya mempertimbangkan bon-bon AS? Kadar pulangannya cenderung memberi impak kepada pasangan matawang utama dalam pasaran Forex. Bon-bon AS boleh dibahagikan kepada empat kategori utama. Ia mempunyai perbezaan pada tarikh matang. Di samping itu, sesetengah bon memberikan faedah dengan kerap, manakala yang lain tidak

  1. Bil Perbendaharaan matang dalam masa kurang dari setahun.
  2. Nota Perbendaharaan ialah bon yang matang dalam dua, tiga, lima atau sepuluh tahun dan memberikan pulangan kupon tetap.
  3. Bon Perbendaharaan adalah bon jangka masa panjang, dengan tarikh matang melebihi sepuluh tahun dan kurang dari 30 tahun.
  4. Treasury inflation-protected security (TIPS) ialah sekuriti Perbendaharaan yang diindeks kepada iflasi.

Contoh bon kerajaan

Nota Perbendaharaan 10-tahun adalah bon paling penting untuk pemantauan para pedagang.

bond yield.png

Kadar pulangan Nota Perbendaharaan 10-tahun ini akan berfungsi sebagai indikator jangkaan pasaran bagi perubahan kadar faedah AS. Selain itu, dinamik pulangan boleh dipengaruhi oleh ketidaktentuan pasaran atau sentimen risk off apabila para pelabur meletakkan modal mereka di dalam aset-aset yang kurang berisiko seperti bon, berbanding membeli aset-aset yang lebih berisiko seperti saham.

  • Apabila pulangan sedang meningkat, dolar AS cenderung menaik.
  • Apabila pulangan sedang merosot, dolar AS cenderung menurun.

 

Mahu berlatih? Buka Akaun Demo dan dapatkan 10 000 dolar maya untuk berlatih berdagang.

Undur

2022-01-25 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera