Hyperinflation

Hiperinflasi

Apakah itu hiperinflasi?

Hiperinflasi ialah inflasi yang sangat tinggi. Ia merujuk kepada kenaikan harga secara umum yang amat pesat, berlebihan dan tidak terkawal di dalam sesebuah ekonomi. Walaupun inflasi mengukur kadar kenaikan harga barang dan perkhidmatan, hiperinflasi ialah inflasi yang meningkat dengan pesat, biasanya pada kadar lebih dari 50% per bulan.

Walaupun hiperinflasi jarang berlaku di dalam ekonomi yang maju, ia telah berlaku berkali-kali sepanjang sejarah di China, Jerman, Rusia, Hungary dan Argentina.

Hiperinflasi boleh berlaku semasa zaman perang dan kegawatan ekonomi dalam ekonomi pembuatan arus perdana bila bank pusat mencetak wang dengan berlebihan.

Memahami hiperinflasi

Hiperinflasi berlaku apabila harga telah meningkat lebih daripada 50% sebulan dalam satu tempoh tertentu. Sebagai perbandingan, menurut Biro Statistik Buruh AS, tahap yang disyorkan, diukur menggunakan CPI (Indeks Harga Pengguna), adalah kira-kira 2% per tahun. CPI hanyalah indeks harga untuk sebakul barangan dan perkhidmatan yang terpilih. Hiperinflasi menyebabkan pengguna dan perniagaan memerlukan lebih banyak wang untuk membeli barangan runcit kerana harga yang lebih tinggi.

Walaupun inflasi biasa diukur dengan kenaikan harga, hiperinflasi diukur dengan pertumbuhan eksponen harian yang boleh mencapai setinggi 5-10% per hari. Hiperinflasi berlaku apabila kadar melebihi 50% dalam tempoh sebulan.

Bayangkan kos makanan melonjak dari $500 seminggu kepada $750 seminggu pada bulan hadapan, dan seterusnya menjadi $1125 seminggu pada bulan berikutnya, dst. Jika gaji tidak naik seiring dengan inflasi dalam ekonomi, taraf hidup rakyat jatuh kerana mereka tidak mampu untuk membiayai keperluan asas dan perbelanjaan sara hidup mereka.

Hiperinflasi boleh menyebabkan beberapa kesan ke atas ekonomi. Orang ramai membolot barangan yang ada di pasaran termasuk barangan mudah rosak seperti makanan, lantaran dari kenaikan harga yang berterusan, yang seterusnya boleh mengakibatkan kekurangan bekalan makanan. Apabila harga meningkat, wang tunai atau simpanan yang disimpan di bank akan jatuh nilainya atau menjadi tidak bernilai kerana wang mempunyai kuasa membeli yang lebih rendah. Situasi kewangan pengguna boleh menjurus kepada kemuflisan.

Di samping itu, orang ramai berhenti melaburkan wang mereka ke dalam institusi kewangan, jadi bank dan pemberi pinjaman terkemuka akan muflis. Kutipan cukai juga mungkin akan berkurangan.

Contoh hiperinflasi

Contoh hiperinflasi yang terbaharu ialah krisis ekonomi Venezuela yang bermula pada 2013 dan berterusan sehingga ke hari ini. Pada tahun 2018 inflasi adalah 1,700,000%, KDNK susut sebanyak 15%, lebih daripada 3 juta orang telah meninggalkan negara berkenaan. Venezuela berada di kedudukan ke-169 (daripada 180) dalam Indeks Persepsi Rasuah, kira-kira 30% penduduk tidak mempunyai pekerjaan. Pada masa ini, untuk bulan Mac 2022, inflasi adalah 2,000%. Sebagai salah satu pengeluar minyak terbesar dunia, negara ini mengalami kekurangan keperluan asas, makanan, ubat-ubatan dan petrol yang teruk. Walaupun inflasi memperlahan dan keadaan bertambah baik, masih banyak keluarga di negara Amerika Selatan ini bergelut untuk menampung kehidupan.

Mengapa hiperinflasi berlaku

Ada dua punca utama mengapa hiperinflasi terjadi: peningkatan bekalan wang dan inflasi tarikan permintaan (demand-pull inflation). Yang pertama berlaku apabila kerajaan sesebuah negara mula mencetak wang untuk membayar perbelanjaannya. Apabila bekalan wang meningkat, harga meningkat, sama seperti dalam inflasi biasa.

Punca yang satu lagi, inflasi tarikan permintaan, berlaku apabila terdapat lonjakan permintaan yang lebih tinggi dari penawaran, menyebabkan harga meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan pengguna lantaran dari pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport yang mendadak, atau peningkatan perbelanjaan kerajaan.

Kedua-dua sebab ini sering berjalan seiring. Daripada mengurangkan bekalan wang untuk menghentikan inflasi, bank pusat boleh terus mencetak lebih banyak wang. Apabila terlalu banyak matawang negara beredar dalam kitaran, harga pun meroket. Apabila pengguna menyedari apa yang berlaku, mereka menjangkakan inflasi akan berterusan. Mereka membeli lebih banyak sekarang supaya mereka tidak perlu membayar harga yang lebih tinggi kemudian. Lebihan permintaan ini memburukkan lagi inflasi. Ia semakin memburuk lagi jika pengguna membolot barangan dan mencetus kekurangan bekalan.

Kesan Hiperinflasi

Hiperinflasi menurunkan nilai matawang domestik di pasaran pertukaran asing dengan cepat apabila nilai relatifnya jatuh berbanding matawang lain. Situasi ini akan memaksa pemegang matawang negara itu untuk meminimumkan simpanan mereka dan beralih kepada matawang asing yang lebih stabil.

Cuba untuk mengelak dari membayar harga yang lebih tinggi esok kerana hiperinflasi, orang biasanya mula melabur dalam barangan yang tahan lama seperti peralatan, kereta, barang kemas, dll. Apabila hiperinflasi terbentuk, orang ramai mula membolot barang mudah rosak.

Walau bagaimanapun, amalan ini memulakan satu lingkaran yang ganas: apabila harga meningkat, orang ramai mengumpul lebih banyak barangan, mewujudkan permintaan yang lebih tinggi untuk barangan dan selanjutnya menaikkan lagi harga. Jika hiperinflasi berterusan tanpa henti, ia biasanya membawa kepada kejatuhan ekonomi yang besar.

Hiperinflasi yang teruk boleh mendorong peralihan ekonomi domestik kepada ekonomi barter, yang akan menjejaskan keyakinan komuniti perniagaan secara serius. Ia juga boleh memusnahkan sistem kewangan apabila bank berhenti memberi pinjaman.

Undur

2022-07-27 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera