Spread Betting

Spread Betting

Apakah spread betting?

Prinsip utama spread betting ialah keupayaan pedagang untuk menetapkan kadarnya sendiri untuk setiap poin perubahan harga dan mengecualikan pemerolehan sebenar sesuatu aset.

Syarikat spread betting memberi sebutan harga bid dan ask (juga dipanggil spread). Pelabur bertaruh sama ada harga sekuriti akan lebih rendah daripada bid atau lebih tinggi daripada ask. 

Harga bid merujuk kepada harga tertinggi yang sanggup dibayar oleh pedagang untuk suatu sekuriti. Sebaliknya, harga ask merujuk kepada harga terendah yang sudi diterima oleh pemilik sekuriti yang menjualnya. 

Spread betting vs. CFDs

  • Perdagangan CFD memerlukan pelabur membayar caj komisen dan yuran transaksi kepada penyedia. Sebaliknya, syarikat spread betting tidak mengambil fi atau komisen. Apabila kontrak ditutup, dan keuntungan atau kerugian direalisasikan, pelabur sama ada mendapat bayaran atau berhutang wang kepada syarikat perdagangan. Pedagang CFD menerima keuntungan bersih daripada harga penutupan ditolak harga pembukaan dan fi.
  • Keuntungan untuk spread betting akan berubah dalam bentuk mata asas didarab dengan jumlah dolar yang dirundingkan dalam pertaruhan awal.
  • CFD ialah satu instrumen kewangan, manakala spread betting adalah tentang perjudian. 

Kelebihan spread betting

  • Peniaga boleh bertaruh pada kenaikan dan penurunan harga. Apabila pelabur berdagang dengan aset fizikal, mereka perlu meminjamnya daripada broker untuk penjualan short, yang memakan masa dan wang. Spread betting tidak melibatkan keperluan untuk meminjam aset daripada broker dan menjadikan penjualan short semudah membeli. 
  • Syarikat spread betting tidak mengambil sebarang komisen, menjadikannya lebih mudah bagi pelabur untuk memantau kos perdagangan dan menentukan saiz posisi mereka. Syarikat-syarikat ini membuat wang menerusi spread yang mereka tawarkan. 
  • Spread betting dianggap sebagai perjudian dalam sesetengah jurisdiksi cukai, dan seterusnya, sebarang keuntungan yang direalisasikan boleh dikenakan cukai sebagai kemenangan dan bukan keuntungan modal atau pendapatan. 
  • Spread betting membolehkan pedagang memasang ambilan untung dan renti rugi, membolehkan pedagang menentukan sasaran perdagangan yang tepat dan mencegah kehilangan deposit.

Risiko spread betting

Kemeruapan yang tinggi menawarkan pedagang pelbagai peluang dan meningkatkan risiko kehilangan modal. Spread betting juga tidak terkecuali.

  • Ketidaktentuan pasaran dan perubahan harga yang pantas boleh menyebabkan keseimbangan berubah dengan cepat. Jika baki dompet jatuh di bawah paras close-out dan pedagang tidak mempunyai dana yang mencukupi, risiko bahawa platform akan menutup kedudukannya secara automatik akan berlaku.
  • Sebagai pedagang, adalah penting untuk diingat bahawa kemeruapan pasaran kadangkala boleh menyebabkan harga bergerak dari satu tahap ke tahap yang lain tanpa melepasi tahap-tahap di antaranya. Gapping (yang juga dikenali sebagai gelinciran atau slippage) biasa berlaku semasa tempoh berkemeruapan tinggi dan boleh memicu pesanan renti rugi pedagang pada tahap yang lebih teruk daripada yang dia minta, seterusnya meningkatkan kerugian. Sebaliknya, jika harga bergerak sejajar dengan ramalan pedagang dan melepasi pesanan ambil untung, keuntungan akan melebihi jangkaan. 

Spread betting mempunyai lebih banyak persamaan dengan perjudian berbanding pasaran kewangan, kerana pedagang tidak memiliki sebarang sekuriti atau memberikan kesan ke atas kemeruapan pasaran.

Undur

2023-01-23 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera