-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
STICPAY
STICPAY
Ia servis dompet online global yang telah beroperasi di dalam pasaran sejak 1999. Oleh kerana servisnya memudahkan transaksi antarabangsa, STICPAY terdapat di 7 negara – Filipina, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan China. Dengan teknologi e-money, anda boleh pindahkan dana dalam masa kurang dari seminit dan dengan fi yang minimum.
STICPAY menawarkan kad dengan rangkaian UnionPay yang diterima di seluruh dunia. Anda boleh gunakannya untuk membeli-belah secara online dan offline, mengeluarkan wang dari ATM tempatan, dan membiayai aktiviti lain demi memenuhi keperluan harian anda.
Sistem ini mendukung pindahan telegrafik, MasterCard, Visa, UnionPay, Bitcoin, Litecoin, dan Ethereum.
STICPAY ada di dalam senarai sistem pembayaran yang ditawarkan oleh FBS.
2022-03-15 • Dikemaskini