Seminar Perdagangan FBS

Belajar untuk menjadi pedagang berjaya

Seminar masa hadapan

Seminar yang lepas

Seminar percuma FBS di Kota Bharu

Kota Bharu

FBS telah mengajurkan seminar yang luar biasa untuk para pelanggannya!

Kami telah membincangkan pelbagai topik untuk memberikan para peserta kami idea yang lebih jelas tentang strategi-strategi perdagangan, perkakas, pelaburan pintar, dan banyak lagi.

FBS menaruh kepercayaan penuh terhadap pendidikan kerana wang tidak akan datang kerana nasib semata-mata. Ia datang menerusi ilmu, pengalaman, dan usaha yang gigih.

Seminar-seminar FBS ternyata adalah cara terbaik untuk menguasai Forex dan mengembangkan pendapatan anda.

Teruskan mengikuti perkembangan kami, ada lebih banyak seminar akan menyusul tidak lama lagi!

Seminar percuma FBS di Kota Kinabalu

Sky Hotel Kota Kinabalu

Seminar ini telah berlangsung di Sky Hotel, Kota Kinabalu.

Semua 47 peserta telah memutuskan untuk hadir awal pagi dan telah menerima cenderahati pendaftaran awal!

Seminar ini telah dimulakan dengan Pengenalan Kepada Forex oleh En. Syukran dan potensinya sebagai sumber pendapatan tambahan.

Kemudian En. Aizzat Arfa telah membentangkan sistem perdagangan automatik kepada hadirin.

Selepas itu, semua peserta telah dijemput untuk membuka akaun bonus FBS dan mendapatkan Bonus $50 mereka untuk memulakan perdagangan.

Di sebelah petang, En. Afiq telah mengambil alih pentas dan menjelaskan bagaimana caranya untuk menguruskan risiko di dalam perdagangan dan meningkatkan keuntungan.

Kami sangat gembira dengan sambutan hangat dari para hadirin dan berharap akan bertemu lagi dengan mereka di seminar-seminar berikutnya!

Seminar percuma FBS di Kuala Lumpur

VISTANA HOTEL, KUALA LUMPUR

TARIKH: 3 Mac 2018

TOPIK: PROGRAM KEPIMPINAN FBS 2018

Program Kepimpinan FBS adalah program pertama yang akan memfokuskan kepada program serta aktiviti IB.

Sepanjang program ini, anda akan diberikan lebih banyak pendedahan tentang program rakaniaga dan anda akan pelajari bagaimana untuk berkerja dengan pelbagai perkakas pemasaran online seperti FBADS, IGADS, teknik-teknik "sales closing" dan pelbagai lagi.

Ia akan membantu anda menarik lebih ramai pelanggan ke FBS dan ke kumpulan IB anda sendiri (yang pastinya akan membawa lebih banyak komisen kepada anda). 

PROGRAM KEPIMPINAN FBS 2018

THE PURE HOTEL

FBS telah menganjurkan sebuah seminar eksklusif untuk para Rakaniaga FBS MARKETS yang boleh mengubah hidup dan pendapatan seorang Rakaniaga 180 darjah.

Apakah ilmu yang telah mereka dapatkan?

• Teknik menutup sales

• Teknik mempengaruhi dan menarik pelanggan (copywriting)

• PEMASaRAN FB ADS

• Peranan emosi ke atas tingkah laku pelanggan

Penyertaan seminar adalah PERCUMA!

Acara ini telah berlangusng pada 7 April, 2018 di The Pure Hotel, Sungai Petani, Kedah, dari 8:00 AM sehingga 5:30 PM.

Seminar Percuma FBS di Teluk Intan

Hotel Grand Court

Masa: 2:00 pm – 7:00 pm

Tarikh: 4 march 2018

Topik: Previu Forex FBS Nusantara 2018

Siri seminar percuma dari FBS tidak berhenti-henti! Untuk episod ini, para pedagang dari Teluk Intan dan kawasan berdekatan dialu-alukan untuk hadir ke acara di Perak yang memfokuskan pada "Back to Basics". Topik seminar adalah seperti berikut:

- Servis dan promosi FBS;

- Strategi perdagangan aktif;

- Perdagangan trend;

- Perdagangan terautomasi (menggunakan EA).

Jadi semua rahsia di sebalik perdagangan mengikut trend telah didedahkan. Sebagai tambahan kami telah membawakan beberapa EA berisiko rendah yang sangat sesuai untuk pendapatan pasif. Mana-mana pedagang yagn tidak mampu berdagang secara manual boleh memilih robot ini untuk terus berdagang.

Seminar percuma FBS di Kuala Lumpur

Hotel Vistana Kuala Lumpur

Masa: 8:00am - 5:30pm

Tarikh: 3 Mac 2018

Topik: PROGRAM KEPIMPINAN FBS 2018

Program Kepimpinan FBS adalah program pertama yang akan memfokuskan kepada program serta aktiviti IB. Sepanjang program ini, para peserta akan diberikan lebih banyak pendedahan tentang program rakaniaga dan mempelajari bagaimana mereka boleh berkerja dengan pelbagai perkakas pemasaran online seperti FBADS, IGADS, teknik-teknik "sales closing" dan pelbagai lagi. Sebagai broker yang telah dianugerahkan dengan "Program Affiliate Terbaik" kami berharap ia akan melengkapkan anda dengan perkakas yang diperlukan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan mengembangkan jaringan IB anda sendiri (yang pastinya akan membawa lebih banyak komisen kepada anda).

Seminar Percuma FBS di Pulau Pinang

Royale Chulan

Tarikh: 24.02.2018

Topic: Rahsia "Pedagang Satu Minit"

Pasukan FBS tidak berhenti menyebarkan ilmu tentang Forex dan perdagangan di pasaran ini. Acara ini telah dianjurkan oleh jurulatih rasmi FBS, En. Muhammad Kiran yang pastinya arif tentang apa yang ada di fikiran para pelanggan. Kali ini kandungan seminar menampilkan:

1) Asas-asas membaca carta;

2) Mengenal pasti SnR;

3) Membaca divergence (capahan);

4) S.O.P perdagangan satu minit;

5) Ulasan analisis risiko makro.

Seminar percuma FBS di Kuala Lumpur

Hotel Sunway Putra

Tempat - Hotel Sunway Putra

Masa - 8AM

Tarikh - 28.01.2018

Topik - Persidangan Pedagang-pedagang 2018

Butiran - Jika anda baru di dalam Forex dan masih tidak jelas apa yang perlu dibuat untuk mendagangkan matawang di Forex, maka anda telah terlepas seminar berguna yang telah berlangsung di Kuala Lumpur. Idea dan tujuan utama seminar adalah "Apa yang para pedagang harus tahu", (termasuk butiran tentang FBS sendiri) tetapi mereka yang sudah profesional dan mempunyai cukup kemahiran kami sediakan topik-topik berikut:

  • Blockchain & Fintech;

  • Perdagangan inner circle;

  • Perdagangan sejarah harga.

Seminar Percuma FBS di Terengganu

Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Terengganu

Tempat - Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Terengganu

Masa - 8AM

Tarikh - 26.01.2018 - 27.01.2018

Topik: Pendidikan Kekayaan

Butiran - Di FBS kami memfokuskan kepada instrumen Forex, CFD dan logam. Namun seperti yang anda tahu, anda membina masa depan sendiri dan itulah sebabnya mengapa kami juga mahu memberikan lebih pendidikan tentang matawang kripto yang sangat popular di kalangan para pedagang.

Jadi, ini adalah topik-topik yang terkandung sepanjang acara 2 hari di Terengganu:

1. Fintech, matawang kripto dan teknik menguntungkan oleh Zharif Adam;

2. Pengaturcaraan EA oleh Aizzat Arfa;

3. Dan pasti sekali analitik pasaran oleh penganalisa FBS, Sifu Kaza.

"Kuasa datang dengan berkongsi pengetahuan" - tiada yang meninggalkan acara tanpa lifehack berguna untuk berdagang.

Seminar Percuma FBS di Keningau

Hotel Queen, Keningau, Sabah

Tempat - Hotel Queen, Keningau, Sabah

Masa - 8AM

Tarikh - 26.01.2018

Topik - Live Trade bersama Nusantara 2018

Butiran - Di dalam satu sumber penerbitan kewangan, pengarangnya mengunjurkan bahawa scalping adalah strategi perdagangan di mana anda boleh membuat keuntungan dari perubahan kecil harga. Kerana ia sangat menguntungkan buat para pedagang, pasukan FBS Nusantara menganjurkan satu lagi acara di mana topik utamanya adalah "Scalping Martingale". Pakar dalam bidang ini adalah Masta Nordin yang mengkhusus bukan hanya dalam strategi tetapi juga di dalam penyampaian awam, yang menjelaskan mengapa ceramahnya sering penuh.

Para peserta tidak hanya mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan mereka, tetapi mereka juga mencuba nasib di dalam cabutan bertuah di mana hadiah-hadiah didepositkan ke akaun perdagangan. Selain dari itu pelanggan-pelanggan baru dan lama telah mendapatkan maklumat tentang promosi-promosi FBS dan perkhidmatan yang disediakan oleh Najmuldin Hamza.

Seminar percuma FBS di Johor Bahru

Hotel Berjaya Waterfront

Tarikh: 12.01.2018

Topik - Bengkel Seminar & Live Trade.

Seperti kata Colin Powell: "Kejayaan adalah hasil dari kesempurnaan, kerja keras, belajar dari kesilapan, kesetiaan, dan istiqamah", dan di FBS kami bersetuju dengan pendapat tersebut. Seminar ini yang bertempat di Hotel Berjaya Waterfront telah menunjukkan semua peserta betapa kuat anda harus berusaha untuk mencapai cita-cita.

Pasukan FBS diwakili oleh Coach FBS, Muhammad Kiran, pedagang EA Shah Rizal dan jurulatih Hakimi Manaf, telah berkongsi tips perdagangan, ilmu, dan pengalaman mereka bersama pelanggan baru dan sedia ada. Kami telah berpeluang untuk membawakan topik-topik berikut:

  • kelebihan dan kelemahan perdagangan EA;
  • membuat EA anda sendiri dengan cara yang mudah;
  • perdagangan manual menggunakan strategi perdagangan yang spesifik;
  • dan banyak lagi perkara lain turut telah dibincangkan.
Seminar Percuma FBS di Kuantan

Hotel Seri Malaysia Kuantan

Tempat (hotel) - Hotel Seri Malaysia Kuantan

Masa - 08: 00 AM

Tarikh: 07.01.2018

Topik - Siri Jelajah FBS Nusantara 2018

Komuniti berbeza memilih topik yang berbeza untuk disajikan kepada para pelanggan. Kali ini poin utama yang dibincangkan adalah strategi "Follow the flow" (mengikut arus). Ia disampaikan oleh salah seorang rakan kita - En. Ar Rais, seorang profesional pasaran Forex dan dikenali sebagai penceramah. Ia sangat membantu beliau menambat minat peserta.

Di samping itu, Ada lagi jemputan lain di acara tersebut. Salah seorang dari mereka adalah penceramah En. Mohd Radzuan dengan subjek Analisis Teknikal di dalam Forex, yang dengan senang hati telah menjawab soalan-soalan para peserta seminar.

Penerangan tentang FBS pula disampaikan oleh salah seorang IB Malaysia, En. Najmuldin Hamza bersama dengan pasukannya. Promosi, servis FBS, terma dan syarat – inilah yang boleh anda tanyakan dari komuniti Nusantara (dan lebih lagi).

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera