Seminar Perdagangan FBS

Belajar untuk menjadi pedagang berjaya

Seminar masa hadapan

Seminar yang lepas

Seminar Percuma FBS di Putrajaya

Palm Garden Resort

Tempat: Palm Garden Resort

Bandar: Putrajaya

Tarikh: 8-9 Disember 2017

 

Stu lagi latihan 2 hari 1 malam di Malaysia telah berlangsung di hotel yang amat menyenangkan - Palm Garden Resort. Mereka yang menyertai seminar kami hari tersebut telah menjadi para pedagang yang tahu apa yang perlu dilakukan dengan carta, sebutharga dan platform perdagangan MetaTrader.

Para penceramah kami adalah wajah-wajah yang dikenali ramai dan ahli rasmi pasukan FBS untuk latihan dan seminar. Topik pengaturcaraan EA telah dibentangkan oleh En. Aizzat Arfa dan perdagangan harga oleh En. Shah Rizal. Sebagai tambahan, ada juga penceramah dari GJ Malaya En. Hakimi Manaf. Senarai itu tidak tamat di situ sahaja, En. Kiran, coach FBS juga telah hadir dan telah menjawab sebarang soalan tentang Forex dan FBS.

Seminar Percuma FBS di Pulau Pinang

Seminar Percuma FBS di Pulau Pinang

Tempat: Hotel The Light

Bandar: Seberang Jaya, Pulau Pinang

Tarikh: 1-2 Disember 2017

Acara ini membawa begitu banyak perkara yang berguna kepada para peserta. Biasanya anda boleh mendapat pengalaman dalam beberapa cara tetapi ada satu cara yang kami dapat bantu anda - ia adalah seminar percuma dari FBS dan salah satu daripadanya telah pun kami anjurkan baru-baru ini. Orang-orang yang berminat dalam perdagangan auto dan strategi perdagangan, yang ingin mencipta robot-robot sendiri, dan mereka yang tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, telah dialu-alukan ke seminar tersebut.

Kumpulan profesional kami terdiri daripada coach FBS, En. Kiran, pedagang EA Shah Rizal, serta pakar teknik perdagangan En. Hakimi Manaf, dengan senang hati telah memperkenalkan peserta-peserta kepada pasaran kewangan dan mendedahkan rahsia tentang Forex.

Seminar percuma FBS di Kuala Lumpur

Palace of the Golden Horses

Tempat : The Palace Of The Golden Horses

Bandar: Kuala Lumpur

Tarikh: 25 November 2017

Seminar percuma FBS ini telah dianjurkan di Kuala Lumpur pada 25 November lalu. Kehadiran 100 orang peserta telah menghidupkan acara ini kerana mereka teruja dengan topik yang dibawa dan penceramah utama yang dijemput. Tetamu-tetamu yang dijemput berkongsi tentang pengalaman mereka dalam pembangunan bisnes dan ilmu pasaran Forex. Semua peserta diberikan peluang menanyakan soalan dan membincangkan poin-poin menarik dengan En. Moshed

Selain dari itu, para peserta telah menerima cenderahati dari FBS dan buku-buku dari Mohamad Moshed untuk panduan di dunia Forex.

Seminar percuma FBS di Melaka

Holiday Inn, Melaka

Tempat: Holiday Inn, Melaka

Bandar: Melaka

Tarikh: 18-19 November 2017

FREEDOM BUSINESS SUCCESS oleh FBS Markets Inc.

Acara ini adalah yang seterusnya dalam siri 'Seminar & Live Trade Workshop'. Semasa seminar para peserta berpeluang bertemu Pasukan FBS secara peribadi. Pasukan ini diwakili oleh ahli-ahli berikut:

  • Coach Muhammad Kiran, yang telah menyampaikan penerangan mendalam tentang Analisa Risiko Makro dan Strategi Perdagangan Satu Minit;
  • Hakimi Manaf daripada Teknik GJ Malaya;
  • Shah Rizal (Tok Porek) dengan strategi perdagangan EA dan nasihat tentang pembangunan EA.

FBS sentiasa sedia membantu anda meningkatkan kemahiran berdagang menerusi pengalaman para penceramah - kami ada beberapa lifehack untuk dikongsikan dengan anda semua!

Seminar percuma FBS di Kota Bharu

Hotel Perdana, Kota Bharu

Tempat: Hotel Perdana

Bandar: Kota Bharu

Tarikh: 10-11 November 2017

FREEDOM BUSINESS SUCCESS oleh FBS Markets Inc.

Pasukan seminar FBS telah memulakan satu siri acara 'FREEDOM BUSINESS SUCCESS 2.0' beberapa bulan lau dan acara ini tidak terkecuali. Seminar 2 hari dengan live trading ini diketuai oleh coach FBS - En. Kiran yang telah menjemput rakan-rakannya sekali. Beliau dibantu En Shah Rizal yang mengkhusus dalam perdagangan sejarah harga dan En Aizzat Arfa yang mengkhusus dalam pengaturcaraan EA.

Acara ini bukan sahaja ceramah untuk didengar, tetapi juga melibatkan latihan secara fizikal di mana hadirin diterapkan dengan skil perdagangan dan sebuah sesi bersoal jawab.

FBS Trading Mastery

The Light Hotel, Pulau Pinang

Tempat: THE LIGHT HOTEL

Bandar: PENANG

Tarikh: 28 Oktober 2017

Anda tidak akan pernah bosan dengan FBS! Sakingnya begitu, ia boleh sahaja dijadikan slogan FBS selain dari "FBS sentiasa di sisi anda". Penganalisa FBS, Sifu Kaza, telah membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk acara ini":

- En. Hakimi, GJ Malaya

- En. Aizat Arfa dengan topik pengaturcaraan EA

- En. Kiran, Coach FBS

Kaedah-kaedah deposit, jenis-jenis akaun dan matawang yang tersedia, poin-poin asas tentang perdagangan, penggunaan robot untuk berdagang dan lain-lain lagi – kami lebih dari gembira untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelanggan-pelanggan kami.

Freedom Business Success 2.0

Grand Alora, Alor Setar

Tempat: Grand Alora

Bandar: Alor Setar

Tarikh: 20-21 Oktober 2017

Penuh! - beginilah bagaimana seminar-seminar anjuran FBS. Kali ini di Alor Setar, FBS sangat terkejut mendapati sangat ramai orang yang berminat dengan Forex dan dengan FBS sebagai broker mereka. 2 hari perdagangan live dan limpahan maklumat bermanfaat serta petua-petua berdagang, penerangan cara menggunakan carta Metatrader, pelbagai strategi perdagangan, dan tidak ketinggalan pelbagai bonus dan hadiah dari Pasukan FBS.

Freedom Business Success 2.0

Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tarikh: 13-14 October 2017

Seminar 2 hari dengan sesi berdagang live di waktu malam telah dilangsungkan dengan jayanya di hotel Lexis Port Dickson. Ia merangkum teori dan praktis, disampaikan oleh beberapa penceramah. Hari pertama meriah dan sarat dengan informasi tentang strategi perdagangan termasuk perdagangan rancak dan beberapa tips berdagang. Pada hari kedua pula, Pasukan FBS menampilkan seorang pakar EA yang membuat robotnya sendiri, para hadirin tidak hanya mendapat kemahiran dalam berdagang, malah ilmu pengetahuan yang membantu mereka berdagang dengan menguntungkan.

Seminar & Bengkel

Hotel The Regency Waterfront

Tarikh: 29 September 2017

Hotel Renaissance

Bandar: Johor Bahru

Pada 29 September, Pasukan FBS telah berkampung di Hotel Renaissance di Johor Bahru. Acara 2 hari ini tidak hanya melibatkan seminar yang memberikan para pedagang ilmu teori, tetapi ia juga penuh dengan khidmat nasihat serta sesi perdagangan live.

Seminar & Bengkel

Nexus Karambunai, Kota Kinabalu, Sabah

Pada 16 September, FBS telah menganjurkan sebuah lagi acara "Seminar & Workshop Forex". Kali ini pasukan FBS diwakili oleh Coach Muhammad Kiran dan professional Forex Ismadi Idrus dan Hakimi Manaf. Topik-topik seminar pelbagai-bagai dan para peserta mendapat peluang untuk mengajukan soalan masing-masing dan Pasukan FBS gembira dapat membantu mereka.

Seminar & Bengkel

Hotel Renaissance, Johor Bahru

Tarikh: 9 September 2017

Seminar & Bengkel 'Freedom Business Success' telah dianjurkan di Hotel Renaissance, Johor Bahru, baru-baru ini. Ia mendapat sambutan hangat, membentuk kehadiran yang sangat ramai, positif dan bersemangat. Topik utama termasuklah pengaturcaraan EA, indikator dagangan dan 'FBS sebagai broker untuk kejayaan perniagaan'.

Seminar & Bengkel

Hotel The Light, Penang

Tarikh: 19 Ogos 2017

Hotel The Light, Penang

Andrew Carnegie pernah berkata, "Semangat berpasukan adalah keupayaan untuk berkerja bersama ke arah wawasan bersama. Kebolehan untuk mengalihkan dari pencapaian individu kepada objektif pasukan. Ia adalah pendorong yang memboleh manusia biasa mencapai hasil yang luar biasa.".
Sebagai satu pasukan yang besar, FBS mempunyai matlamat-matlamat berbeza untuk dicapai - salah satu darinya adalah pendidikan pelanggan. 19 Ogos tidak terkecuali. Pasukan FBS bersama dengan jurulatih FBS, En. Kiran, telah menganjurkan satu seminar yang menampilkan beberapa topik berbeza: penggunaan indikaotr seperti Fibonacci dan Breakout Box dan perdagangan Forex menggunakan pelbagai strategi berbeza.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera